Saturday, 2 November 2013

Berubat dengan Sholat

"Wahai orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu" (Surah Al Baqarah: Ayat 153)
Penyakit Hati:
Penyakit hati terbahagi kepada 2 iaitu penyakit subhat (ragu-ragu) dan syahwat.
Dijelaskan Allah dalam surah Al Ahzab, ayat 32,
Mengenai penyakit Subhat Allah berfirman:
" Dalam hati manusia ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya..
Surah Al Baqarah ayat 10, dan penyakit syahwat, Allah berkata, "Wahai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya..
Antara penyakit hati adalah iri hati, ghibah, riyak, sombong, menyebarkan fitnah, berkata kesat dan sebagainya.
Manakala penyakit kedua ialah penyakit jasmani.
Allah berfirman:
"Tidak ada halangan bagi orang buta, tidak pula bagi orang tempang, tidak pula bagi orang sakit..
(Surah An-Nur, ayat 61)

"Jika Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang maka dia kan memberinya ujian" (Bukhari)
"Sungguh menakjubkan keadaan sorang yang beriman, semua urusannya adalah baik. Jika mendapat kebahgiaan ia bersyukur, maka sukur itu menjadi kebaikan baginya. Demikian pula, apabila ditimpa kesusahan ia bersabar, maka sabarnya menjadi kebahagiaan baginya. (Muslimin)
"Sesungguhnya Aku menurunkan penyakit dan ubat serta menjadikan setiap penyakit ada ubat serta menjadikan setiap penyakit ada ubatnya. Maka berubatlah kamu semua dan janganlah berubat dengan benda yang haram" (Abu Daud)
" Tidak ada yang menghindari qadak (ketetapan Allah) kecuali doa dan tidak boleh menambah umur kecuali kebaikan. (Tirmidzi)

"Ya Allah, selamatkan tubuhku dari daripada penyakit dan yang tidak aku inginkan, Ya Allah selamatkan pendengaranku daripada penyakit dan maksiat atau perkara yang tidak aku inginkan.  Ya Allah, selamatkan penglihatanku" (Abu Daud)

Antara cara-cara penyembuhan adalah berserah kepada Allah, berdoa bersunguh-sungguh, ruqya syariyya, solat waktu malam, sedekah, minim madu, habbatus sauda' dan air zam-zam serta ubat-ubatan moden.